Maklumat Am

Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPbSM) adalah sebahagian daripada Pejabat Pendaftar UiTM yang berperanan untuk membangunkan sumber manusia universiti. JPbSM menjadi penggerak utama dalam memenuhi objektif kualiti Pejabat Pendaftar yang kedua iaitu meningkatkan kompetensi staf UiTM melalui latihan dan program pembangunan sumber manusia.

Sejajar dengan matlamat untuk melahirkan tenaga kerja dan modal insan yang berkualiti serta berprestasi tinggi, program pembangunan sumber manusia dirangka bagi menepati keperluan dan kehendak Universiti selaras dengan dasar negara.

JPbSM merangkumi tiga (3) bahagian seperti berikut :-

  1. Bahagian Biasiswa
  2. Bahagian Latihan & Kompetensi
  3. Institut Latihan Universiti (ILU)

OBJEKTIF JPBSM

  1. Menyediakan program-program latihan bagi pembangunan dan peningkatan kompetensi staf;
  2. Menyediakan peluang-peluang peningkatan kelayakan akademik dan kesarjanaan staf dan Tenaga Pengajar Muda (TPM) UiTM;
  3. Menyediakan keperluan pembangunan kerjaya dan peperiksaan perkhidmatan staf; dan
  4. Menyediakan kemudahan latihan.

PIAGAM PELANGGAN JPBSM

  1. Memastikan 80% staf menghadiri latihan dalam dan luar negara sekurang-kurangnya 42 jam setahun;
  2. Memorandum biasiswa (Staf Akademik/TPM) dikeluarkan dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh terima tawaran rasmi Kementerian Pendidikan;
  3. Keputusan Peperiksaan Perkhidmatan dikeluarkan dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh mesyuarat Lembaga Peperiksaan Perkhidmatan; dan
  4. Memastikan penilaian terhadap penyediaan kemudahan fasiliti Institut Latihan Universiti (ILU) mencapai sekurang-kurangnya 80%.

Carta Organisasi JPBSM