Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa

Maklumat Am

Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa adalah kemudahan yang diberikan kepada staf akademik, kumpulan Pengurusan dan Profesional dan kumpulan Pelaksana yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dan diperakukakan oleh Jawatankuasa Latihan dan Pembangunan Staf Induk/Kementerian Pendidikan Malaysia.

Syarat Permohonan

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berjawatan tetap
  3. Telah disahkan dalam perkhidmatan pada tarikh tutup iklan
  4. Berumur tidak melebihi atau 44 tahun pada tarikh tutup iklan
  5. Calon yang berumur dari 40 – 44 tahun adalah dipertimbangkan untuk mengikuti pengajian di dalam Negara sahaja
  6. Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (minimum 80%) bagi tempoh 3 tahun terkini
  7. Tiada kesalahan tatatertib
  8. Bukan dalam tempoh penalti biasiswa
  9. Tidak pernah memohon biasiswa yang sama
  10. Bidang-bidang pengajian atau kursus yang diikuti adalah seperti diiklankan di e-Biasiswa.

Pemakluman Penting

Calon-calon berjaya mesti menduduki peperiksaan IELTS/TOEFL/GMAT/GRE  (yang mana berkenaan) dengan memperolehi skor minima:-

Pengajian Dalam Negara
IELTS 5.0 / TOEFL 500 (paper- based) / TOEFL 173 (computer-based)/ TOEFL 59-60 (internet-based)
Pengajian Luar Negara
IELTS 6.5 / TOEFL 575 (paper- based) / TOEFL 232 (computer-based)/ TOEFL 90-91 (internet-based)
  • Berusaha untuk mendapatkan tempat pengajian sendiri dari sekarang di Universiti-universiti yang diiktiraf Kerajaan yang bertaraf tinggi dan kompetetif.
    • Dalam Negara : Universiti yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia
    • Luar Negara: di 200 universiti terkemuka dunia yang dikeluarkan oleh Times Higher Education bagi tahun 2013/2014 (berkuatkuasa 1.01.2014)
  • Mengemukakan cadangan penyelidikan (Research Proposal) yang lengkap dan dimajukan kepada Dekan Fakulti masing-masing. Pemohon dinasihatkan supaya merujuk kepada Dekan Fakulti bagi memastikan bidang penyelidikan yang dipilih bersesuaian dengan keperluan, kepakaran dan perancangan strategik Fakulti/ UiTM.

Cara-cara memohon

Calon-calon adalah diminta untuk mengisi borang permohonan biasiswa staf secara atas talian melalui laman web UiTM staff portal i-staff di laman web UiTM: http://www.uitm.edu.my. Permohonan yang tidak dibuat melalui eBiasiswa tidak akan diproses. Tiada rayuan bagi permohonan manual dan tidak memenuhi syarat kelayakan.

Tindakan Calon

Tindakan Setelah Mendapat Keputusan/Tawaran

Sila kemukakan semua dokumen yang telah dimuat turun di sini:

Bil. Borang Catatan
1. Salinan surat tawaran universiti
2. Borang Persediaan Calon PhD (borang KPM)
3. Kertas Cadangan Penyelidikan (peringkat PhD dan Sarjana secara penyelidikan)
4. Borang Curriculum Vitae
5. Borang Permohonan SLAB/SLAI (2 salinan)
6. Salinan Sijil Lahir dan Kad Pengenalan Calon (disahkan dari salinan asal)
7. Salinan Sijil Lahir dan Kad Pengenalan Ibubapa (disahkan dari salinan asal)
8. Salinan Sijil/transkrip akademik (disahkan dari salinan asal)
9. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) (disahkan dari salinan asal)
10. Salinan keputusan TOEFL/ IELTS/ GMAT/ GRE
11. Salinan Kursus Kaedah Penyelidikan (Pengajian PhD sahaja)
12. Salinan Sijil Kursus Kenegaraan (bagi pengajian di luar negara)
13. Borang Keselamatan (2 salinan)
14. Borang Pelepasan Melanjutkan Pengajian
15. Borang Pembentangan Rancangan Penyelidikan di Fakulti
16. Borang Pemeriksaan Kesihatan
17. Borang Pemilihan Bantuan Sewa Rumah
18. Borang Perjanjian Pindaan (4 salinan borang) dan Borang Penjamin (2 salinan) (sila rujuk panduan mengisi borang)
19. Sekiranya membawa keluarga (staf tetap sahaja) (sertakan: sijil kelahiran anak, sijil nikah, kad pengenalan suami/isteri, surat pertukaran tempat bekerja atau surat perletakan jawatan)
20. Borang Tempahan Tiket Kapal Terbang (dihantar 3 minggu sebelum penerbangan beserta salinan cuti rehat (jika berkaitan). Bagi pengajian ke luar negara sila sertakan kelulusan visa)
  • Sila upload dokumen di atas (yang berkaitan) di dalam sistem eSP di laman web Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
  • Permohonan penajaan adalah melalui sistem eSP dan diperakukan oleh pihak Jabatan untuk mendapat tawaran rasmi dari KPM.
  • Memorandum pengajian akan dikeluarkan dalam tempoh 30 (tiga puluh) hari bekerja dari tarikh surat tawaran KPM dicetak.

TINDAKAN SEMASA DALAM PENGAJIAN

  • Melaporkan kehadiran calon kepada Jabatan Penuntut Malaysia/Kedutaan Besar Malaysia yang berhampiran dengan tempat kursus bagi calon di luar negara
  • Melapor diri di universiti yang ditetapkan dan mengikuti kursus yang diluluskan
  • Melengkapkan Borang Maklumat Staf Cuti Belajar

CALON HENDAKLAH MENGEMUKAKAN:
  • Plan of Studies (dalam masa 3 bulan dari tarikh memulakan pengajian)
  • Progress Report / laporan berkala pada bulan ke-6, 18 dan 30.
  • Performance Appraisal (pada  31 Disember setiap tahun )
SEKIRANYA MEMERLUKAN PELANJUTAN TEMPOH PENGAJIAN:

Sila kemukakan permohonan perlanjutan 3 bulan sebelum tamat tempoh pengajian melalui sistem eSP, Kementerian Pendidikan Malaysia (sila layari laman web KPM) dengan mengemukakan:

  1. Surat permohonan beserta justifikasi permohonan
  2. Surat ulasan penyelia (di tempat pengajian) dan ulasan Dekan Fakulti (UiTM)
  3. 3 bab penulisan
  4. Gantt Chart
  5. PhD Candidature
  6. Progress Report terkini
  7. Surat Cuti Tanpa Gaji pasangan
    (untuk tempoh pelanjutan) (jika berkaitan) (diupload bersama di dalam fail ulasan Dekan)

TINDAKAN SELEPAS TAMAT TEMPOH PENGAJIAN

  • Tempah tiket kapal terbang (bagi calon Sabah/Sarawak) dan calon luar negara (1 bulan sebelum tarikh akhir pengajian).
  • Sila lapor diri di Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPbSM) dan mengemukakan dokumen pengesahan tamat pengajian atau salinan borang serahan tesis kepada tempat pengajian.
  • Kembali bertugas di Fakulti/Cawangan yang ditetapkan mengikut penempatan
CARA TUNTUTAN ELAUN TESIS

Sila kemukakan :

  1. Salinan surat senat/ keputusan PhD/Sarjana yang disahkan benar ke JPbSM.
  2. Sila kemukakan dua salinan tesis kepada JPbSM (satu salinan untuk UiTM dan satu salinan untuk KPM)
  3. Borang Tuntutan Elaun Tesis UiTM/KPM
  4. Salinan buku bank/nombor akaun
(kelayakan elaun tesis adalah merujuk kepada syarat kelayakan tuntutan elaun tesis dan memorandum pengajian).

Semua maklumat berkaitan/laporan kemajuan/pertanyaan sila kemukakan ke: 
Bahagian Biasiswa
Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPbSM)
Pejabat Pendaftar
Universiti Teknologi MARA 
40450 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

Muat Turun

[jika ada]

Soalan Lazim

  1. Soalan?
[jawapan].