Latihan Profesional

Maklumat Am

Merujuk kepada Pekeliling Naib Canselor Bil. 5/2010 menyatakan staf akademik yang dilantik melalui skim Tenaga Pengajar Muda, tiada pengalaman berkerja dalam industri (kecuali staf akademik dari Fakulti Farmasi dan Fakulti Perubatan) perlu menjalani Latihan Industi sekurang kurang 12 bulan namun tidak melebihi 18 bulan.

Manakala bagi staf akademik yang telah berkhidmat melebihi 5 tahun di UiTM adalah digalakkan menjalani Latihan Industri sekurang-kurangnya 6 bulan dan tidak lebih dari 12 bulan bagi mendapatkan kelayakan profesional dan pendedahan teknologi terkini.


Syarat Permohonan

Seseorang kakitangan boleh mengikuti Latihan Profesional setelah memenuhi syarat-syarat berikut:

  1. Warganegara Malaysia dan berjawatan tetap;
  2. Telah disahkan dalam jawatannya;
  3. Berumur tidak melebihi 54 tahun pada tarikh ia memulakan latihan profesionalnya;
  4. Telah menyempurnakan sekurang-kurangnya:
    1. Lima (5) perkhidmatan yang berterusan dikira dari hari pertama memegang jawatan dan bukan hari pertama selepas disahkan dalam jawatan
    2. Dua (2) tahun perkhidmatan yang seseorang kakitangan itu telah menjalani Latihan Profesional di bawah Perkara 1, dikira dari hari pertama selepas tamat latihan profesional yang terakhir itu;
    3. Dua (2) tahun perkhidmatan yang berterusan bagi kakitangan yang terlebih dahulu diberi cuti belajar bergaji penuh atau cuti belajar separuh gaji

Syarat tempoh perkhidmatan seperti di dalam Perkara 5 (d) boleh dikurangkan jika:

  1. kakitangan berkenaan tidak mempunyai beban syarahan (amanah tugas akademik) / kerja dalam semester berkenaan; atau
  2. kakitangan perlu mendapatkan keahlian profesional dalam bidang pengkhususannya.
  3. Terdapat keperluan mendesak dari pihak Fakulti/Pusat/Bahagian untuk mendedahkan kakitangan tersebut kepada latihan profesional bagi tujuan memantapkan keupayaan menjelaskan tugas di Fakulti/Pusat/Bahagian.

Kemudahan dan Elaun

  • Diberi gaji penuh dan elaun yang melayakkan.
    Mana-mana staf yang diluluskan bayaran elaun memangku, elaun tanggungan kerja atau apa-apa elaun khas pentadbiran, TIDAK dibayar elaun-elaun tersebut sepanjang tempoh latihan.
  • Yuran program latihan profesional
  • Yuran peperiksaan bagi percubaan pertama sahaja
  • Tambang perjalanan pergi dan balik sekali sahaja semasa latihan berlangsung.

Ikatan kontrak:

Tempoh ikatan kontrak dengan Universiti:-

Tempoh Latihan Profesional Tempoh Kontrak Dengan Universiti
3 bulan 6 bulan
6 bulan 12 bulan (1 tahun)
9 bulan 18 bulan
12 bulan 24 bulan (2 tahun)

Tuntutan Gantirugi

Jika seseorang kakitangan meninggalkan latihan profesional sebelum sempurna, diberhentikan atau meninggalkan perkhidmatan Universiti, dibuang kerja maka bayaran gantirugi adalah berikutnya:-

Bayaran Ganti Rugi (RM) Tempoh Latihan Profesional
15,000.00 3 - 6 bulan
30,000.00 7 - 12 bulan
45,000.00 13 - 18 bulan
60,000.00 19 - 24 bulan
75,000.00 25 - 30 bulan
90,000.00 31 - 36 bulan

Pemakluman Penting

Tempoh dan jangkamasa Latihan adalah satu (1) hingga dua belas (12) bulan. Tempoh boleh dilanjutkan tertakluk kepada keperluan latihan dan mendapat persetujuan Fakulti / Pusat / Bahagian /Kampus. Ianya tidak melebihi 36 bulan dan dibentangkan kepada Jawatankuasa Latihan dan Pembangunan Staf (Induk) UiTM untuk diputuskan.

Sebarang pertanyaan, sila kemukakan kepada Bahagian Biasiswa, Jabatan Pembangunan Sumber Manusia melalui talian 03-5544 3237/ 3236.


Cara Memohon

Staf yang memohon dikehendaki:

  1. Menyempurnakan borang permohonan yang di tentukan oleh JKLPS dan dikemukakan kepada Pendaftar atau urusetia JKLPS melalui Dekan Fakulti / Rektor Kampus/ Ketua Pusat / Ketua Bahagian tiga (3) bulan sebelum memulakan latihan.
  2. Menggariskan program latihan dan tempat.
  3. Implikasi kewangan dan punca-punca kewangan dari luar.
  4. Persetujuan dan penerimaan dari tempat latihan.
  5. Mengemukakan Profail Syarikat tempat menjalani latihan.

Tindakan Calon

Tindakan Setelah Mendapat Keputusan/Tawaran

[tiada maklumat lagi]

TINDAKAN SEMASA DALAM PENGAJIAN

[tiada maklumat lagi]

TINDAKAN SELEPAS TAMAT TEMPOH PENGAJIAN

[tiada maklumat lagi]

Semua maklumat berkaitan/laporan kemajuan/pertanyaan sila kemukakan ke: 
Bahagian Biasiswa
Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPbSM)
Pejabat Pendaftar
Universiti Teknologi MARA 
40450 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

Muat Turun

[jika ada]

Soalan Lazim

  1. Soalan?
[jawapan].