Skim Tenaga Pengajar Muda (TPM)

Maklumat Am

Skim yang dibuat kepada calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang dinamis dan ingin membina kerjaya dalam bidang pengajaran dan penyelidikan serta mempunyai kelayakan yang diperlukan untuk memohon Skim Tenaga Pengajar Muda (TPM), Universiti Teknologi MARA bagi mengikuti kursus-kursus Ijazah Kedoktoran/Profesional dan Ijazah Sarjana dalam bidang pengajian sepertimana yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Latihan dan Pembangunan Staf (Induk), UiTM.

Syarat Permohonan

  1. Calon-calon mestilah mempunyai:
    1. Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dan Sarjana yang diiktiraf (untuk  permohonan pengajian peringkat Ph.D);
    2. Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari Universiti yang diiktiraf (untuk permohonan pengajian peringkat Sarjana).
      Bagi pengajian bidang Pergigian, calon-calon mestilah mempunyai kelulusan Ijazah  Pergigian dari Universiti yang diiktiraf.
  2. Calon-calon (bagi kedua-dua peringkat pengajian) mestilah memperolehi sekurang-kurangnya HPNG/CGPA 3.00 peringkat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian).
  3. Mendapat kepujian Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  4. Bebas daripada ikatan kontrak sama ada dengan pihak Kerajaan, Badan-badan Berkanun, Firma atau badan-badan lain.
  5. Calon-calon mestilah benar-benar berminat dalam bidang pengajaran dan penyelidikan.
  6. Had umur calon adalah seperti berikut:
    1. berumur tidak lebih dari 35 tahun semasa memohon bagi pengajian peringkat Ph.D;
    2. berumur tidak lebih dari 30 tahun semasa memohon bagi pengajian peringkat Sarjana;
    3. bagi kursus bidang-bidang Pergigian, calon-calon hendaklah berumur tidak lebih daripada 35 tahun semasa memohon.

Pemakluman Penting

Calon-calon berjaya mesti menduduki peperiksaan IELTS/TOEFL/GMAT/GRE  (yang mana berkenaan) dengan memperolehi skor minima:-

Pengajian Dalam Negara
IELTS 5.0 / TOEFL 500 (paper- based) / TOEFL 173 (computer-based)/ TOEFL 59-60 (internet-based)
Pengajian Luar Negara
IELTS 6.5 / TOEFL 575 (paper- based) / TOEFL 232 (computer-based)/ TOEFL 90-91 (internet-based)
  • Membuat persediaan awal dengan berusaha untuk mendapatkan tempat pengajian  sendiri di universiti-universiti yang diiktiraf oleh kerajaan.
  • Hanya calon-calon yang telah disenarai tapis sahaja akan dipanggil temuduga oleh pihak Fakulti.
  • Sila berhubung dengan Fakulti berkenaan berhubung maklumat lanjut bidang yang diiklankan.

Sebarang pertanyaan, sila kemukakan kepada Bahagian Biasiswa, Jabatan Pembangunan Sumber Manusia melalui talian 03-5544 3237/ 3236.


CARA-CARA MEMOHON

Calon-calon adalah diminta untuk mengisi borang permohonan Tenaga Pengajar Muda (TPM) secara atas talian melalui http://onlineapps.uitm.edu.my/etpm/. Sebarang permohonan yang dibuat TANPA mengisi borang TPM secara atas talian TIDAK AKAN DIPROSES.

Tindakan Calon

Tindakan Setelah Mendapat Keputusan/Tawaran

Sila kemukakan semua dokumen yang telah dimuat turun di sini:

Bil. Borang Catatan
1. Salinan Surat Tawaran Universiti  
2. Borang Persediaan Calon PhD (borang KPM)  
3. Kertas Cadangan Penyelidikan (peringkat PhD dan Sarjana secara penyelidikan)  
4. Borang Curriculum Vitae  
5. Borang Permohonan SLAB/SLAI (2 salinan)
6. Salinan Sijil Lahir dan Kad Pengenalan Calon (disahkan dari salinan asal)
7. Salinan Sijil Lahir dan Kad Pengenalan Ibubapa (disahkan dari salinan asal)
8. Salinan Sijil/transkrip akademik (disahkan dari salinan asal)
9. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) (disahkan dari salinan asal)
10. Salinan keputusan TOEFL/ IELTS/ GMAT/ GRE Kerani
11. Salinan Kursus Kaedah Penyelidikan (peringkat PhD) (Pengajian PhD sahaja)
12. Salinan Sijil Kursus Kenegaraan (bagi pengajian di luar negara)
13. Borang Keselamatan (2 salinan)
14. Borang Pelepasan Melanjutkan Pengajian  
15. Borang Pembentangan Rancangan Penyelidikan di Fakulti  
16. Borang Pemeriksaan Kesihatan  
17. Borang Perjanjian Pindaan (4 salinan borang) dan Borang Penjamin (2 salinan)(sila rujuk panduan mengisi borang)  
18. Surat Peletakan Jawatan  
19. Borang Tempahan Tiket Kapal Terbang (dihantar 3 minggu sebelum penerbangan beserta salinan cuti rehat (jika berkaitan). Bagi pengajian ke luar negara sila sertakan kelulusan visa)
20. Salinan muka surat hadapan buku bank  
  • Sila upload dokumen di atas (yang berkaitan) di dalam sistem eSP di laman web Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
  • Permohonan penajaan adalah melalui sistem eSP dan diperakukan oleh pihak Jabatan untuk mendapat tawaran rasmi dari KPM.
  • Memorandum pengajian akan dikeluarkan dalam tempoh 30 (tiga puluh) hari bekerja dari tarikh surat tawaran KPM dicetak.

Tindakan Semasa Dalam Pengajian

  • Melaporkan kehadiran calon kepada Jabatan Penuntut Malaysia/Kedutaan Besar Malaysia yang berhampiran dengan tempat kursus bagi calon di luar negara
  • Melapor diri di universiti yang ditetapkan dan mengikuti kursus yang diluluskan
  • Melengkapkan Borang Maklumat TPM

Calon mengemukakan:
  • Plan of Studies (dalam masa 3 bulan dari tarikh memulakan pengajian)
  • Laporan berkala/Keputusan peperiksaan (setiap semester)
  • Progress Report (pada  31 Disember setiap tahun )
Sekiranya memerlukan pelanjutan tempoh pengajian:

Sila kemukakan permohonan perlanjutan 3 bulan sebelum tamat tempoh pengajian melalui sistem eSP, Kementerian Pengajian Tinggi (sila layari laman web KPM) dengan mengemukakan:

  1. Surat permohonan beserta justifikasi permohonan
  2. Surat ulasan penyelia (di tempat pengajian) dan ulasan Dekan Fakulti (UiTM)
  3. 3 bab penulisan
  4. Gantt Chart
  5. PhD Candidature
  6. Progress Report terkini

Tindakan Selepas Tamat Tempoh Pengajian

  • Tempah tiket kapal terbang (bagi calon Sabah/Sarawak) dan calon luar negara (1 bulan sebelum tarikh akhir pengajian).
  • Sila lapor diri di Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPbSM) dan mengemukakan dokumen pengesahan tamat pengajian atau salinan borang serahan tesis kepada tempat pengajian.

Bagi urusan pelantikan adalah merujuk kepada Pekeliling Pendaftar Bil 17 Tahun 2012: Dasar Pelantikan Pensyarah Sementara (Gred DM45) Dan Pensyarah Kanan Sementara (Gred DM51) Bagi Penerima Biasiswa Skim Tenaga Pengajar Muda (TPM)

Cara Tuntutan Elaun Tesis

Sila kemukakan :

  1. Salinan surat senat/ keputusan PhD/Sarjana yang disahkan benar ke JPbSM
  2. Sila kemukakan satu salinan tesis kepada JPbSM
  3. Borang Tuntutan Elaun Tesis UiTM/KPM
  4. Salinan buku bank/nombor akaun
(kelayakan elaun tesis adalah merujuk kepada syarat kelayakan tuntutan elaun tesis dan memorandum pengajian).

Semua maklumat berkaitan/laporan kemajuan/pertanyaan sila kemukakan ke:
Bahagian Biasiswa
Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPbSM)
Pejabat Pendaftar
Universiti Teknologi MARA 
40450 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

Soalan Lazim

  1. Bilakah saya boleh membuat permohonan TPM?
Permohonan TPM hanya boleh dibuat dalam tempoh yang ditetapkan sahaja. Iklan tersebut akan dimaklumkan melalui laman web dan emel.

  1. Adakah saya perlu menghantar apa-apa dokumen selepas membuat permohonan?
Selepas membuat permohonan secara online, calon perlu mencetak borang permohonan tersebut. Dalam borang permohonan tersebut, ada dinyatakan dokumen-dokumen yang perlu dihantar oleh calon kepada pihak fakulti.

  1. Bolehkah permohonan dibuat secara manual?
Permohonan melalui online sahaja yang akan diproses.

  1. Sekiranya permohonan saya ditolak, bolehkah saya membuat rayuan?
Tiada proses rayuan untuk permohonan TPM. Hanya calon yang mencukupi syarat sahaja akan dibenarkan untuk memohon.