Peperiksaan Khas Peningkatan Secara Lantikan (PSL)

Maklumat Am

Peperiksaan Khas Peningkatan Secara Lantikan (PSL) adalah peperiksaan khas bagi menggantikan kelulusan akademik yang perlu diduduki dengan jayanya oleh staf bagi tujuan memenuhi syarat kelayakan kenaikan pangkat secara lantikan mengikut perbekalan dalam skim perkhidmatan yang berkenaan.

PSL adalah merupakan kenaikan pangkat daripada skim perkhidmatan yang rendah kepada skim perkhidmatan yang lebih tinggi tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan yang berkaitan melalui proses lantikan. Urusan ini dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Melantik.


Syarat Permohonan

  1. Calon perlu berada dalam gred yang melayakkan bagi PSL yang berkaitan
  2. Telah disahkan dalam perkhidmatan gred semasa
  3. Mendapat pengesahan oleh Ketua Jabatan

Sukatan Peperiksaan

Peperiksaan Khas PSL dilaksanakan berasaskan kepada sukatan peperiksaan yang telah dibangunkan dan telah diperakukan oleh Lembaga Peperiksaan Perkhidmatan UiTM. Sukatan peperiksaan PSL boleh dimuat turun di sini.


Pemakluman Penting

Perubahan had umur bagi pelantikan secara PSL ditetapkan seperti berikut:
  1. 54 tahun bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun;
  2. 56 tahun bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; dan
  3. 58 tahun bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

CARA-CARA MEMOHON

Calon-calon adalah diminta untuk mengisi Borang Permohonan Menghadiri Peperiksaan Khas Peningkatan Secara Lantikan (PSL) yang boleh dimuat turun di sini dan dihantar dalam tempoh yang ditetapkan dalam iklan. Hanya borang permohonan yang lengkap sahaja akan diproses.

Sebarang pertanyaan, sila kemukakan kepada Bahagian Latihan & Kompetensi, Jabatan Pembangunan Sumber Manusia melalui talian 03-5521 1621/ 5544 3104/ 5544 3185.

Tindakan Calon

Tindakan Sebelum Peperiksaan

[tiada maklumat]

Tindakan Semasa Peperiksaan

[tiada maklumat]

Tindakan Selepas Peperiksaan

[tiada maklumat]

Semua maklumat berkaitan/pertanyaan sila kemukakan ke:
Bahagian Latihan & Kompetensi
Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPbSM)
Pejabat Pendaftar
Universiti Teknologi MARA 
40450 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

Soalan Lazim

[tiada maklumat]