Program Transformasi Minda (PTM)

Maklumat Am

Program Transformasi Minda adalah kursus pengenalan kepada perkhidmatan awam yang perlu dihadiri dengan jayanya oleh staf UiTM. Program ini memberi pendedahan dan penyesuaian minda pegawai di peringkat awal pelantikan dalam perkhidmatan awam di UiTM. Program ini membolehkan pegawai memahami prinsip-prinsip dan falsafah pembentukan negara, jentera pentadbiran kerajaan dan peraturan-peraturan asas perkhidmatan awam serta pembentukan jati diri staf. Program Transformasi Minda (PTM) adalah salah satu syarat pengesahan dalam perkhidmatan bagi menggantikan Kursus Induksi.

Syarat Kelayakan

  1. staf lantikan pertama pada atau selepas 1 Januari 2013 yang berkhidmat secara tetap dalam Perkhidmatan Awam; dan
  2. pegawai dalam tempoh percubaan dan belum menghadiri Kursus Induksi - Modul Umum.

Sukatan Program

Kerangka kurikulum PTM ini terbahagi kepada tiga (3) segmen utama, iaitu:-
  1. Segmen I : Negara dan Perkhidmatan Awam
  2. Segmen II : Tanggungjawab dan Peranan Pegawai
  3. Segmen III : Budaya Kerja Kelas Pertama

Antara topik yang dibincangkan dalam program PTM ini adalah:-
Segmen I :
  • Overview Perkhidmatan Awam
  • Sistem pentadbiran Negara
  • Hala Tuju Negara
  • Menjana Negara Sejahtera & Bahagia
Segmen II : Tanggungjawab & Peranan Pegawai
  • Peranan & Kemudahan Pegawai Awam
  • Pengurusan Integriti & Keselamatan
  • Tatakelakuan & Tatatertib Perkhidmatan Awam
  • Laluan Kerjaya dalam Perkhidmatan Awam
Segmen III : Budaya Kerja Kelas Pertama
  • Pengurusan Intra Personal & Inter Personal
  • Pengenalan kepada Kompetensi Generik

Urusan Pengecualian

Pegawai yang sedang berkhidmat yang kemudiannya dilantik ke skim perkhidmatan atau perkhimatan lain dikecualikan daripada menghadiri PTM dengan syarat :-

  1. hadir dengan jaya PTM; atau
  2. hadir dengan jaya Kursus Induksi - Modul Umum; atau
  3. lulus Peperiksaan Am Kerajaan dalam skim terdahulu.

Permohonan pengecualian PTM perlu dikemukakan kepada Ketua JPBSM dengan dokumen sokongan yang berkaitan. Borang boleh dimuat turun di sini.


Pemakluman Penting

[tambahan?]

Sebarang pertanyaan, sila kemukakan kepada Bahagian Latihan & Kompetensi, Jabatan Pembangunan Sumber Manusia melalui talian [no telefon siapa?]


CARA-CARA MEMOHON

[perlukah?]

Tindakan Calon

Tindakan Sebelum Peperiksaan

[tiada maklumat lagi]

Tindakan Semasa Peperiksaan

[tiada maklumat lagi]

Tindakan Selepas Peperiksaan

[tiada maklumat lagi]

Semua maklumat berkaitan/pertanyaan sila kemukakan ke:
Bahagian Latihan & Kompetensi
Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPbSM)
Pejabat Pendaftar
Universiti Teknologi MARA 
40450 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

Muat Turun

[kalau ada]

Soalan Lazim

  1. Bilakah saya boleh membuat permohonan Peperiksaan Perkhidmatan?
Permohonan Peperiksaan Perkhidmatan hanya boleh dibuat dalam tempoh yang ditetapkan sahaja. Iklan tersebut akan dimaklumkan melalui laman web dan emel.